Wednesday, April 18, 2012

Bukan Kerna Kamu [PART 1]


                “ Kayu………………………..!!!!!!!!!!”
                “ Mana, mana??.....”
                 Gedebukkkkkk………!!!!! Pap……….pap! pap!

“Adoii……arghhhhh……!!! Sakit…..!!!! Hoish, kau reti bawak basikal ke tak?...sakit tau tak??...kau pekak eh aku cakap kayu tadi??. Dayana membebel. Tak puas hati dirinya kini berada di dalam longkang besar di tepi jalan. Menguis-nguis sikunya yang luka bergesel dengan tayar basikal.

Eh, minah ni, sesedap mak nenek cakap aku pekak. Azzam mengumam dalam hati. “Dengar mak cik. Tapi aku ingat dahan kayu. Tak sangka pulak kayu tengah jalan. Lain kali cakap biar terang, boleh?. Tu la kau, aku suh duk belakang, degil ni tak nak. Nak jugak duk kat depan. Mana aku nak nampak kayu tengah jalan kalau kau pun dah sebesar gajah depan aku.”

Dayana mengumam. Benci betul dengan tingkah temannya itu. Kalau bukan kerana basikalnya rosak pagi tadi, tak hingin dia menumpang basikal si Mamat ni. Dah la bawak basikal macam pelesit. Matanya memerhatikan Azzam yang melompat keluar dari longkang itu.

“Oii, kau nak tidur dalam longkang ni ke?.Tak nak keluar?.” Azzam menarik basikalnya keluar. Pedal basikalnya bengkok sedikit. Bontotnya rasa kebas dan sakit. Kemudian menghulurkan tangannya membantu Dayana keluar dari longkang itu. Terencot-encot keduanya berjalan menuju ke rumah masing-masing.

************************************************************************************************************

Dari kejauhan pintu pagar sekolah semakin hampir ditutup. Tapi Dayana masih selamba berjalan lambat-lambat . Tidak sedikit pun terlintas dihatinya untuk berlari-lari anak sedikit mengejar pintu sekolah yang hampir tertutup itu. Dari kejauhan juga dia sudah ternampak kelibat Azzam dengan buku nota dan pen di tangan. “ Fuh, lega. Nasib baik Si Ayam ni yang bertugas”. Dayana tersenyum-senyum simpul.

                “ Ha, ni kenapa lambat ni?..Dengan pakai selipar jepun lagi. Sekarang dah 7.35 pagi. Kau akan di denda.”

                “Eh, sudah gaharu cendana pula. Kau tak nampak kaki aku cantik berbandage nih?.Tak kan aku nak pakai kasut sekolah kot. Kau jugak yang buat kaki aku macam nih…” Dayana protes tanda tak puas hati.

                “ Ha, Dayana, kenapa kaki kamu berbalut nih?...” Kedengaran suara Cikgu Anna dari arah belakang. Serentak kedua-dua mereka berpaling.

                Mana pulak si Annaconda ni datang nih. Mampus gua. Kompem kena cuci toilet! Bukan dia tidak tahu ketegasan cikgu Anna dalam mendenda pelajar yang datang lewat ke sekolah. “Err…saya…saya…jatuh longkang semalam, cikgu. Haa, Azzam ada sekali. Kan Azzam, kan?...” Dayana menguis-nguis siku Azzam minta simpati. Azzam hanya menjongketkan bahu. Tanda tidak tahu menahu.

                “Banyak la kamu punya alasan. Jatuh sikit pun nak berbalut bagai. Dah, disebabkan kamu melakukan dua kesalahan serentak, datang lambat dan pakai selipar, kamu cikgu denda cuci toilet.  Azzam, bawak Dayana ni ke Tandas Perempuan Blok A.”

                Cuci Toilet????....Hampir pengsan Dayana mendengar amanat itu. Waaa…..seumur hidup aku belum pernah lagi aku cuci toilet. Toilet kat rumah pun mak yang cuci. Aku nak pegang penyapu sapu rumah pun geli.Siapla kau Annaconda!

                “Zam, kau memang nak kenakan aku kan?. Kau tahu kita jatuh basikal semalam, tapi kau tak tolong aku pun kan terang kat Cikgu Anna. Dasar mangkuk tingkat betul la kau, Zam.” Dayana ingin sekali menyepak kaki Azzam ketika jalan beriringan menuju ke Blok A.

                “Nana, kau kena ingat, aku ni Pengawas, kena adil. Dah jadi kesalahan kau pakai selipar….datang lambat lak tuh. Ha, kenapa teruk sangat kaki kau berbalut nih?...Semalam aku tengok luka sikit je…”

                Ewah,ewah…..mamat nih. “Memangla luka sikit, tapi bengkak biru kau tau?.Jenuh aku nak menjawab dengan  Mak Piah”. Kau la punya pasal”.

                “Eh, aku lak. Dah la, dah sampai pun. Kau cucila tandas ni puas-puas ye Cik Adik. Nanti aku datang pantau kau tak buat kerja, aku report kat Cikgu Anna, ye?. Biar dia suruh kau cuci satu sekolah pulak!. Hahaha…Azzam ketawa kuat-kuat. “Selamat Tinggal dan Selamat Berjaya!”.

Dayana menghentak-hentakkan kaki. Benci melihat tawa perli rakannya itu.Matanya mengekor kelibat Azzam yang semakin menghilang membelok menuju ke kelas.


[BERSAMBUNG]

No comments:

Post a Comment