Wednesday, May 2, 2012

BUKAN KERNA KAMU [PART 2]


Alhamdulillah, BUKAN KERNA KAMU [PART 1] sudah published kat Penulisan2U.

[PART 2]

Dayana keluar dari pintu ke-5 tandas tersebut. Puas hati dengan hasil kerjanya membersihkan tandas tersebut. Settled! Senyumnya puas. Sekarang dia sudah boleh masuk ke kelas. Baru saja berjalan 2,3 langkah menuju ke sinki, matanya tertacap ke atas lantai yang basah itu.

                “Argggghhhhh……………….!!!!!!! Selut...................???? Siapa yang punya kerja nih???”. Darahnya menjadi amarah. Baru saja dia berangan nak berehat-rehat di dalam kelas, dengan situasi pinggangnya yang sakit-sakit mencuci toilet. Sekarang kerjanya semakin bertambah.

                “Errr….so…so…sorry, kak.  Saya tak sengaja. Kasut saya terkena selut tadi..”. Kedengaran suara dari arah sinki. Dayana menoleh, melihat seorang pelajar sedang membersihkan kasut sekolah di situ, dengan helaian tisu di tangan. “Nanti, saya mop lantai ni. Maaf ye akak.” Suara budak perempuan itu kedengaran menggigil. Mungkin takut melihat wajahnya yang garang menyinga.

                Akak???...aku nampak tua ke?. Dayana geli hati. Belum pernah ada yang memanggilnya akak. Kesian pulak aku tengok. Mau terkencingnya budak tu melihat aku mengjegilkan mata macam ni. “Takpe, ni tugas akak, biar akak yang buat.” Alamak, baik hati sangat la pulak aku nih. Bukan ke senang kalau aku bagi je mop kat budak ni….settle kerja aku. Dayana meneruskan kerjanya mengemop lantai tersebut.

                “Terima kasih ye, kak.” Budak tersebut terus menghilang ke arah belakang tandas. 

                Dayana melihat saja kelibat budak itu menghilang. Serasanya seperti budak baru. Belum pernah dia melihat budak itu sebelum ini. Cun pulak tu! Huh, pergi mampusla siapa pun kau. Aku nak cepat balik ke kelas.
                Lewat tengahari itu, di kantin sekolah,  Dayana menghabiskan seluruh tenaganya menghirup kuah Mee Sup dengan rakusnya. Dia sangat lapar. Dah la pagi tadi lambat bangun, dia terlepas breakfast di rumah. Kemudian waktu rehat pulak dia menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas. Ni semua si Ayam tu punya pasal. Kalau bukan pasal accident basikal kelmarin, mungkin dia sudah boleh menyiapkan kerja sekolah tersebut di rumah malam semalam. Akibatnya, dia terpaksa menahan lapar seharian hari itu. Habis sahaja waktu persekolahan, ketika semua pelajar lain menuju ke surau untuk solat Zohor, dia…..

                “Nea, Izza, teman aku makan kat kantin, nak?” Dayana berbisik perlahan ke telinga teman-temannya itu. Bimbang didengari oleh pelajar lain. Iyalah, memonteng Solat Zuhur menjadi satu kesalahan. Dia pulak bukanlah tengah bendera merah.

                “Aish, kau ni Nana…aku tengah suci la sekarang…..nanti Cikgu Anna dapat tangkap, macamane?. Izza protes tanda tidak mahu ikut.

                “Ala kau ni…kita cakapla kita tengah bendera merah sekarang..” Hehehe. Nea tersenyum-senyum kambing. Dia bab ponteng-memonteng Solat Zuhur ni sangat suka. Bukan apa, dia sayang dengan bedak di mukanya yang 14 inci tu. Rosak make-up nanti ambil air sembahyang. Lebih afdhal solat di rumah. Nea memang terkenal dengan perangainya yang suka melawa. Umur baru 15 tahun, make-up mengalahkan artis!

                “Kau tak nak ikut, kau pergi solat,eh?.Kitorang nak pergi makan.” Bye cycle. Dayana menepuk bahu temannya lalu berlalu.

                “ Izza, kau jangan lupa doa untuk aku eh?. Doa aku makin cantik, ok?. Nea mengenyitkan mata.

                “Iyalah, pape je la kau ni…bye-bye cycle.” Izza melambai.

Dan sekarang dia dan Nea tengah enak menikmati Mee Sup dan Air Oren segelas. Sluuurrrppppp!!!!! Hirupan terakhirnya habis. Dia tersandar kekenyangan. Sempat lagi tangannya mencuri ayam seketul dari mangkuk Si Nea.

                “Aish, kau ni…….dah semangkuk kau telan, aku punya pun kau nak ambil?.

                “Kau tu yang makan lambat sangat. Macam siput je aku tengok….terkiput-kiput makan. Control cantik, konon!”

                “Oihh, kau yang makan laju dah macam siput sedut aku tengok mulut kau hirup kuah tak ingat dunia, tak kira pula?...Nea mengomel tak puas hati.

                Hahaha. “Siput sedut tak siput sedut. Kita makan ni mana boleh control-control cantik, Nea. Tak nikmat makan, namanya.” Zappp, tangannya sempat menyambar seketul ayam lagi dari mangkuk Nea.

                “Nanaaaaaaaaaaaaaaa…………………….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.”

                “Hah, iye, iye, aku tak buat lagi.” Mengekek-ngekek ketawa Dayana menahan gelak melihat muka si Nea yang sudah merah menahan marah.

Nea masam mencuka meneruskan santapannya. Dia bukan marah sangat pun teman baiknya itu mengambil makanannya. Saje je buat-buat marah sayang, konon. Dia ketawa-ketawa dalam hati.

                “Eh, kau tak dengar cerita ada budak baru masuk kelas 3A?..” Nea bersuara. “Dengar kata cun budak tu. Si Black Playboy muka tak siap tu dengar-dengar kata dah try masuk jarum.” Geli Nea nak menyebut nama Si Black Playboy. Gelaran yang diberikan kepada Syafiqq. Budak lelaki itulah yang tergila-gilakannya dulu. ‘Dah la hitam, muka pula macam toilet tak siap. Tak sedar diri langsung.’. Hahaha. Nea masih teringat-ingat lagi ungkapan yang diberikan Dayana bila memberi komen paras rupa si Syafiqq. Nana…Nana…

                Hampir tersembur makanan di dalam mulutnya bilamana nama Syafiqq disebut. “Haha, pantun-pantun…”
Si Hitam-hitam sayang
Si Keding-keding tinggi
Rugi korang tak sayang-sayang
Si playboy Si Hidung Tinggi

Si Hitam gila bayang
Perut boroi buncit sekali
Harapkan hitam masam-masam
Gigi jongang berlapis lagi

Hahahahahahahahaha……………….. Mereka tergelak-gelak besar. Sampai mengekek-ngekek tawanya si Nea.

“Teruklah kau,Nana. Aku mesti tergelak besar kalau dengar pantun ni.” Nea mengesat-ngesat matanya yang berair dek penangan ketawa yang tak ingat dunia itu.

“Ha ha. Kau la yang sebut nama Syafiq dulu. Haha…..” Nana masih lagi meneruskan tawanya yang bersisa itu.

“Eh, aku tanya kau ni pasal budak baru kelas 3A tu. Dengar kata cun-melecun.” Nea tidak puas hati bila pertanyaannya tadi masih tidak berjawab.

                “Oh, really???....Cun yang macam mana, adakah lebih cun daripada Nea Farena bt. Dato’ Ahmad Hisyam?..” Dayana melentok-lentok tergedik-gedik berniat mengenakan temannya itu. Suaranya sengaja dimanjakan bagi menambah effect gedik.   

“Nana!!!!! Kau tak kenakan aku sehari tak sah kan?.Muka Nea masam mencuka semula. “ Aku baru je nak tambah pengetahuan kau mengenai gossip terbaru, kau kenakan aku pula.”

“Owh, ok..ok…I’m so so sorry, ok?..Ala…janganlah masam-masam ni….ala bucuk-bucuk….” Dayana menguis-nguis dagu Nea. Belum habis lagi mengusik Nea, dengan aksinya yang masih lagi ala-ala Fazura dalam Filem Pisau Cukur.

“Bencila kau, Nana. Pas ni kau balik sendiri, eh?. Aku baru je nak suruh Pak Mat hantar kau. Kira cancel lah.”

Oppssssttttt!!!!! Dayana menutup mulut. Nea nak mintak jasa baik drivernya suruh hantar dia balik?...Ini sudah cukup bagus! Peluang ini mesti digunakan sebaik-baiknya. Dia tahu temannya itu prihatin dengan kakinya yang berbandage itu. “ Ok, ok….aku tak usik kau dah.” Hehehe. Intonasi suaranya sudah kembali ke bentuk asal.  “Actually, aku da jumpa budak tu dalam toilet masa aku kena denda pagi tadi. Tapi malas la nak cerita kat korang…sebab aku tau, teman aku yang di depan aku ni, jauuhhhhhh lebih cantik daripada dia.” Dayana tersenyum-senyum simpul. Mohon jeratnya mengena. Bolehla dia merasa naik Mercedez…hehehe. Tapi sebenarnya dia malas nak mengambil tau pasal budak baru itu. Baginya tiada apa yang menarik pada budak itu. None of my business! Tapi bisakan dia boleh melupakan. Budak itulah yang memanggilnya ‘akak’. Kurang asam keping betul!

Wajah Nea sudah mampu tersenyum mendengar omelan temannya itu. Dia tau Dayana hanyalah usik-usik manja sahaja. Dia dah kenal sangat dengan perangai temannya itu. Persahabatan mereka bertiga sudah menjangkau usia 3 tahun dan tempoh tersebut bukanlah satu tempoh yang singkat. Banyak suka duka yang telah dilalui bersama. Persahabatan dengan Dayana jugalah yang membawanya mengenali Muhammad Azzam Hirsyad b. Ismail dengan lebih dekat. Nea tersenyum-senyum sendiri.

“Tersenyum-senyum pulak mak cik nih. Oihh, cepatla…tak sabar aku nak goda Pak Mat ni…” Dayana sudah bangun sambil menggalas begnya. Selamba tapir sahaja mulutnya.

Nea bangun serentak bilamana terdengar suara Dayana. Mereka beriringan menuju keluar ke  kawasan luar pagar sekolah. Sesekali terdengar suara-suara manja Dayana mengusik temannya itu. Mereka ketawa….kadang-kadang berlaku sepak-menyepak kasut di antara mereka. Namun, tiada siapa yang ambil hati bilamana kasut mereka kotor. Aksi sedemikian sudah menjadi kebiasaan mereka bila berjalan beriringan.
  [BERSAMBUNG]

No comments:

Post a Comment