Wednesday, May 2, 2012

BUKAN KERNA KAMU [PART 2]


Alhamdulillah, BUKAN KERNA KAMU [PART 1] sudah published kat Penulisan2U.

[PART 2]

Dayana keluar dari pintu ke-5 tandas tersebut. Puas hati dengan hasil kerjanya membersihkan tandas tersebut. Settled! Senyumnya puas. Sekarang dia sudah boleh masuk ke kelas. Baru saja berjalan 2,3 langkah menuju ke sinki, matanya tertacap ke atas lantai yang basah itu.

                “Argggghhhhh……………….!!!!!!! Selut...................???? Siapa yang punya kerja nih???”. Darahnya menjadi amarah. Baru saja dia berangan nak berehat-rehat di dalam kelas, dengan situasi pinggangnya yang sakit-sakit mencuci toilet. Sekarang kerjanya semakin bertambah.

                “Errr….so…so…sorry, kak.  Saya tak sengaja. Kasut saya terkena selut tadi..”. Kedengaran suara dari arah sinki. Dayana menoleh, melihat seorang pelajar sedang membersihkan kasut sekolah di situ, dengan helaian tisu di tangan. “Nanti, saya mop lantai ni. Maaf ye akak.” Suara budak perempuan itu kedengaran menggigil. Mungkin takut melihat wajahnya yang garang menyinga.

                Akak???...aku nampak tua ke?. Dayana geli hati. Belum pernah ada yang memanggilnya akak. Kesian pulak aku tengok. Mau terkencingnya budak tu melihat aku mengjegilkan mata macam ni. “Takpe, ni tugas akak, biar akak yang buat.” Alamak, baik hati sangat la pulak aku nih. Bukan ke senang kalau aku bagi je mop kat budak ni….settle kerja aku. Dayana meneruskan kerjanya mengemop lantai tersebut.

                “Terima kasih ye, kak.” Budak tersebut terus menghilang ke arah belakang tandas. 

                Dayana melihat saja kelibat budak itu menghilang. Serasanya seperti budak baru. Belum pernah dia melihat budak itu sebelum ini. Cun pulak tu! Huh, pergi mampusla siapa pun kau. Aku nak cepat balik ke kelas.
                Lewat tengahari itu, di kantin sekolah,  Dayana menghabiskan seluruh tenaganya menghirup kuah Mee Sup dengan rakusnya. Dia sangat lapar. Dah la pagi tadi lambat bangun, dia terlepas breakfast di rumah. Kemudian waktu rehat pulak dia menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas. Ni semua si Ayam tu punya pasal. Kalau bukan pasal accident basikal kelmarin, mungkin dia sudah boleh menyiapkan kerja sekolah tersebut di rumah malam semalam. Akibatnya, dia terpaksa menahan lapar seharian hari itu. Habis sahaja waktu persekolahan, ketika semua pelajar lain menuju ke surau untuk solat Zohor, dia…..

                “Nea, Izza, teman aku makan kat kantin, nak?” Dayana berbisik perlahan ke telinga teman-temannya itu. Bimbang didengari oleh pelajar lain. Iyalah, memonteng Solat Zuhur menjadi satu kesalahan. Dia pulak bukanlah tengah bendera merah.

                “Aish, kau ni Nana…aku tengah suci la sekarang…..nanti Cikgu Anna dapat tangkap, macamane?. Izza protes tanda tidak mahu ikut.

                “Ala kau ni…kita cakapla kita tengah bendera merah sekarang..” Hehehe. Nea tersenyum-senyum kambing. Dia bab ponteng-memonteng Solat Zuhur ni sangat suka. Bukan apa, dia sayang dengan bedak di mukanya yang 14 inci tu. Rosak make-up nanti ambil air sembahyang. Lebih afdhal solat di rumah. Nea memang terkenal dengan perangainya yang suka melawa. Umur baru 15 tahun, make-up mengalahkan artis!

                “Kau tak nak ikut, kau pergi solat,eh?.Kitorang nak pergi makan.” Bye cycle. Dayana menepuk bahu temannya lalu berlalu.

                “ Izza, kau jangan lupa doa untuk aku eh?. Doa aku makin cantik, ok?. Nea mengenyitkan mata.

                “Iyalah, pape je la kau ni…bye-bye cycle.” Izza melambai.

Dan sekarang dia dan Nea tengah enak menikmati Mee Sup dan Air Oren segelas. Sluuurrrppppp!!!!! Hirupan terakhirnya habis. Dia tersandar kekenyangan. Sempat lagi tangannya mencuri ayam seketul dari mangkuk Si Nea.

                “Aish, kau ni…….dah semangkuk kau telan, aku punya pun kau nak ambil?.

                “Kau tu yang makan lambat sangat. Macam siput je aku tengok….terkiput-kiput makan. Control cantik, konon!”

                “Oihh, kau yang makan laju dah macam siput sedut aku tengok mulut kau hirup kuah tak ingat dunia, tak kira pula?...Nea mengomel tak puas hati.

                Hahaha. “Siput sedut tak siput sedut. Kita makan ni mana boleh control-control cantik, Nea. Tak nikmat makan, namanya.” Zappp, tangannya sempat menyambar seketul ayam lagi dari mangkuk Nea.

                “Nanaaaaaaaaaaaaaaa…………………….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.”

                “Hah, iye, iye, aku tak buat lagi.” Mengekek-ngekek ketawa Dayana menahan gelak melihat muka si Nea yang sudah merah menahan marah.

Nea masam mencuka meneruskan santapannya. Dia bukan marah sangat pun teman baiknya itu mengambil makanannya. Saje je buat-buat marah sayang, konon. Dia ketawa-ketawa dalam hati.

                “Eh, kau tak dengar cerita ada budak baru masuk kelas 3A?..” Nea bersuara. “Dengar kata cun budak tu. Si Black Playboy muka tak siap tu dengar-dengar kata dah try masuk jarum.” Geli Nea nak menyebut nama Si Black Playboy. Gelaran yang diberikan kepada Syafiqq. Budak lelaki itulah yang tergila-gilakannya dulu. ‘Dah la hitam, muka pula macam toilet tak siap. Tak sedar diri langsung.’. Hahaha. Nea masih teringat-ingat lagi ungkapan yang diberikan Dayana bila memberi komen paras rupa si Syafiqq. Nana…Nana…

                Hampir tersembur makanan di dalam mulutnya bilamana nama Syafiqq disebut. “Haha, pantun-pantun…”
Si Hitam-hitam sayang
Si Keding-keding tinggi
Rugi korang tak sayang-sayang
Si playboy Si Hidung Tinggi

Si Hitam gila bayang
Perut boroi buncit sekali
Harapkan hitam masam-masam
Gigi jongang berlapis lagi

Hahahahahahahahaha……………….. Mereka tergelak-gelak besar. Sampai mengekek-ngekek tawanya si Nea.

“Teruklah kau,Nana. Aku mesti tergelak besar kalau dengar pantun ni.” Nea mengesat-ngesat matanya yang berair dek penangan ketawa yang tak ingat dunia itu.

“Ha ha. Kau la yang sebut nama Syafiq dulu. Haha…..” Nana masih lagi meneruskan tawanya yang bersisa itu.

“Eh, aku tanya kau ni pasal budak baru kelas 3A tu. Dengar kata cun-melecun.” Nea tidak puas hati bila pertanyaannya tadi masih tidak berjawab.

                “Oh, really???....Cun yang macam mana, adakah lebih cun daripada Nea Farena bt. Dato’ Ahmad Hisyam?..” Dayana melentok-lentok tergedik-gedik berniat mengenakan temannya itu. Suaranya sengaja dimanjakan bagi menambah effect gedik.   

“Nana!!!!! Kau tak kenakan aku sehari tak sah kan?.Muka Nea masam mencuka semula. “ Aku baru je nak tambah pengetahuan kau mengenai gossip terbaru, kau kenakan aku pula.”

“Owh, ok..ok…I’m so so sorry, ok?..Ala…janganlah masam-masam ni….ala bucuk-bucuk….” Dayana menguis-nguis dagu Nea. Belum habis lagi mengusik Nea, dengan aksinya yang masih lagi ala-ala Fazura dalam Filem Pisau Cukur.

“Bencila kau, Nana. Pas ni kau balik sendiri, eh?. Aku baru je nak suruh Pak Mat hantar kau. Kira cancel lah.”

Oppssssttttt!!!!! Dayana menutup mulut. Nea nak mintak jasa baik drivernya suruh hantar dia balik?...Ini sudah cukup bagus! Peluang ini mesti digunakan sebaik-baiknya. Dia tahu temannya itu prihatin dengan kakinya yang berbandage itu. “ Ok, ok….aku tak usik kau dah.” Hehehe. Intonasi suaranya sudah kembali ke bentuk asal.  “Actually, aku da jumpa budak tu dalam toilet masa aku kena denda pagi tadi. Tapi malas la nak cerita kat korang…sebab aku tau, teman aku yang di depan aku ni, jauuhhhhhh lebih cantik daripada dia.” Dayana tersenyum-senyum simpul. Mohon jeratnya mengena. Bolehla dia merasa naik Mercedez…hehehe. Tapi sebenarnya dia malas nak mengambil tau pasal budak baru itu. Baginya tiada apa yang menarik pada budak itu. None of my business! Tapi bisakan dia boleh melupakan. Budak itulah yang memanggilnya ‘akak’. Kurang asam keping betul!

Wajah Nea sudah mampu tersenyum mendengar omelan temannya itu. Dia tau Dayana hanyalah usik-usik manja sahaja. Dia dah kenal sangat dengan perangai temannya itu. Persahabatan mereka bertiga sudah menjangkau usia 3 tahun dan tempoh tersebut bukanlah satu tempoh yang singkat. Banyak suka duka yang telah dilalui bersama. Persahabatan dengan Dayana jugalah yang membawanya mengenali Muhammad Azzam Hirsyad b. Ismail dengan lebih dekat. Nea tersenyum-senyum sendiri.

“Tersenyum-senyum pulak mak cik nih. Oihh, cepatla…tak sabar aku nak goda Pak Mat ni…” Dayana sudah bangun sambil menggalas begnya. Selamba tapir sahaja mulutnya.

Nea bangun serentak bilamana terdengar suara Dayana. Mereka beriringan menuju keluar ke  kawasan luar pagar sekolah. Sesekali terdengar suara-suara manja Dayana mengusik temannya itu. Mereka ketawa….kadang-kadang berlaku sepak-menyepak kasut di antara mereka. Namun, tiada siapa yang ambil hati bilamana kasut mereka kotor. Aksi sedemikian sudah menjadi kebiasaan mereka bila berjalan beriringan.
  [BERSAMBUNG]

Wednesday, April 18, 2012

Bukan Kerna Kamu [PART 1]


                “ Kayu………………………..!!!!!!!!!!”
                “ Mana, mana??.....”
                 Gedebukkkkkk………!!!!! Pap……….pap! pap!

“Adoii……arghhhhh……!!! Sakit…..!!!! Hoish, kau reti bawak basikal ke tak?...sakit tau tak??...kau pekak eh aku cakap kayu tadi??. Dayana membebel. Tak puas hati dirinya kini berada di dalam longkang besar di tepi jalan. Menguis-nguis sikunya yang luka bergesel dengan tayar basikal.

Eh, minah ni, sesedap mak nenek cakap aku pekak. Azzam mengumam dalam hati. “Dengar mak cik. Tapi aku ingat dahan kayu. Tak sangka pulak kayu tengah jalan. Lain kali cakap biar terang, boleh?. Tu la kau, aku suh duk belakang, degil ni tak nak. Nak jugak duk kat depan. Mana aku nak nampak kayu tengah jalan kalau kau pun dah sebesar gajah depan aku.”

Dayana mengumam. Benci betul dengan tingkah temannya itu. Kalau bukan kerana basikalnya rosak pagi tadi, tak hingin dia menumpang basikal si Mamat ni. Dah la bawak basikal macam pelesit. Matanya memerhatikan Azzam yang melompat keluar dari longkang itu.

“Oii, kau nak tidur dalam longkang ni ke?.Tak nak keluar?.” Azzam menarik basikalnya keluar. Pedal basikalnya bengkok sedikit. Bontotnya rasa kebas dan sakit. Kemudian menghulurkan tangannya membantu Dayana keluar dari longkang itu. Terencot-encot keduanya berjalan menuju ke rumah masing-masing.

************************************************************************************************************

Dari kejauhan pintu pagar sekolah semakin hampir ditutup. Tapi Dayana masih selamba berjalan lambat-lambat . Tidak sedikit pun terlintas dihatinya untuk berlari-lari anak sedikit mengejar pintu sekolah yang hampir tertutup itu. Dari kejauhan juga dia sudah ternampak kelibat Azzam dengan buku nota dan pen di tangan. “ Fuh, lega. Nasib baik Si Ayam ni yang bertugas”. Dayana tersenyum-senyum simpul.

                “ Ha, ni kenapa lambat ni?..Dengan pakai selipar jepun lagi. Sekarang dah 7.35 pagi. Kau akan di denda.”

                “Eh, sudah gaharu cendana pula. Kau tak nampak kaki aku cantik berbandage nih?.Tak kan aku nak pakai kasut sekolah kot. Kau jugak yang buat kaki aku macam nih…” Dayana protes tanda tak puas hati.

                “ Ha, Dayana, kenapa kaki kamu berbalut nih?...” Kedengaran suara Cikgu Anna dari arah belakang. Serentak kedua-dua mereka berpaling.

                Mana pulak si Annaconda ni datang nih. Mampus gua. Kompem kena cuci toilet! Bukan dia tidak tahu ketegasan cikgu Anna dalam mendenda pelajar yang datang lewat ke sekolah. “Err…saya…saya…jatuh longkang semalam, cikgu. Haa, Azzam ada sekali. Kan Azzam, kan?...” Dayana menguis-nguis siku Azzam minta simpati. Azzam hanya menjongketkan bahu. Tanda tidak tahu menahu.

                “Banyak la kamu punya alasan. Jatuh sikit pun nak berbalut bagai. Dah, disebabkan kamu melakukan dua kesalahan serentak, datang lambat dan pakai selipar, kamu cikgu denda cuci toilet.  Azzam, bawak Dayana ni ke Tandas Perempuan Blok A.”

                Cuci Toilet????....Hampir pengsan Dayana mendengar amanat itu. Waaa…..seumur hidup aku belum pernah lagi aku cuci toilet. Toilet kat rumah pun mak yang cuci. Aku nak pegang penyapu sapu rumah pun geli.Siapla kau Annaconda!

                “Zam, kau memang nak kenakan aku kan?. Kau tahu kita jatuh basikal semalam, tapi kau tak tolong aku pun kan terang kat Cikgu Anna. Dasar mangkuk tingkat betul la kau, Zam.” Dayana ingin sekali menyepak kaki Azzam ketika jalan beriringan menuju ke Blok A.

                “Nana, kau kena ingat, aku ni Pengawas, kena adil. Dah jadi kesalahan kau pakai selipar….datang lambat lak tuh. Ha, kenapa teruk sangat kaki kau berbalut nih?...Semalam aku tengok luka sikit je…”

                Ewah,ewah…..mamat nih. “Memangla luka sikit, tapi bengkak biru kau tau?.Jenuh aku nak menjawab dengan  Mak Piah”. Kau la punya pasal”.

                “Eh, aku lak. Dah la, dah sampai pun. Kau cucila tandas ni puas-puas ye Cik Adik. Nanti aku datang pantau kau tak buat kerja, aku report kat Cikgu Anna, ye?. Biar dia suruh kau cuci satu sekolah pulak!. Hahaha…Azzam ketawa kuat-kuat. “Selamat Tinggal dan Selamat Berjaya!”.

Dayana menghentak-hentakkan kaki. Benci melihat tawa perli rakannya itu.Matanya mengekor kelibat Azzam yang semakin menghilang membelok menuju ke kelas.


[BERSAMBUNG]

Tuesday, April 17, 2012

: Tahun 2012 :

[Entry yang aku kepam lama, tapi aku nak post jugak]

NEW YEAR 2012

Tetiba je aku teringat aku ada blog. Masuk tahun baru ni, gatai tangan pulak nak update blog. Semangat baru. Semangat baru. Fuhhh!!!!! Tapi entry-entry lama semua sudah didelete ya. Sebab aku rase gaya penulisan aku dulu tak sawo matang.  Masuk tahun baru, entry-entry segar bugar fresh dari ladang strawberry. Sekejap je masa berlalu. Da masuk 2012. Aisy…makin muda aku ni. Kann???.


Tahun-tahun lepas adalah jugak inisiatif meramaikan rakyat pergi sambut tahun baru kat Dataran Merdeka ngan Pak Menteri. Rakyatnya…..masyaAllah……ramai bebenor rakyat jelata kite ye. Memang tak boleh park kete. Nak jalan pun susah. Bukan cakap dataran, nak masuk jalan pergi dataran pun tak lepas.Dataran adalah lagi 30KM. Duk pusing-pusing. Last-last memang celebrate new year dalam kete je. Terpekik terlolong kami berempat  dalam kete.Berbulu je tengok bunga api kot tingkap. Sangat tak best. Tapi, dah namanya kau tersadai kat tengah2 jalan jem, situasi hon-mengehon ngan mat-mat rempit adalah perkara terbaik kau boleh buat. Mat rempit okk. Mat Rempit. Ini adalah sangatttttttt best. Best. Sambil-sambil mengehon marilah kita usha-mengusha. Haha.

Tu tahun-tahun lepas punya cerita. Kali ni malam tahun baru yang paling penat. Dari petang dating ngan Abang Aaron tersayang berOmbak Rindu sambil makan kepok cicah sos, sambung dating dengan Si Abang Remy dalam Aduh Sayang (cite ni sangattttt comellllllll), bantai pulak lepak ngan budak-budak AF kat Konsert Reunion sambil menikmati maggi campur telur yang sangat sedap Chef Huda masak, pergi Dataran Merdeka kejap jumpa adik-adik Harimau Muda (eh, Muslim Ahmad I biasa panggil abang..haha) countdown tahun baru, tengok bunga api…bla…bla…bla…, masuk ke mesin masa pergi Tahun 1998 tengok Tiger Cup (Azman Adnan okk….Azman Adnan – kualiti gambar terbaik). Fuhhhhhhh…………..!!!!!!!!! Giler dasyat. Semuanya di dalam TV. Haha. Aku duk meroyan sorang-sorang kat umah time tu. HEAVEN!

Ok….2011 was ending -hard word to say but maybe not so successfully. I lost something, but I got a few things. Let’s flashed back a few things that. Check it out!
1)      Car
2)      Achieve to have RM Xk in account. But dah guna sikit untuk d/payment kete.
3)      Braces. Dah bukak. Now struggle pakai retainer.
4)      A Ring & couple of earrings. Bagi orang lain nampak kecik, tapi first time aku beli emas pakai duit sendiri.

Hopefully Year 2012 will brings more colourful. Aminnn. J   
P/s: Azam tahun baru memang takde.


  

Tuesday, April 21, 2009

a gud dAy!~

becomin' strong gurlz!
4get da old things ;p
chay0k2!!